Risau ada takut pn ada... beberapa hari lagi sekolah dah nak buka... anak2 pn dah meningkat usia...Hanan ikut bulan Islam ..besok 10 Muharam dah masuk 6 tahun... Waiz tahun dpn dah 4 tahun.. Baby Uqail..dah pn masuk 4 bulan lebih..dah dapat meniarap dah pn..sekejap jer, yang paling susah hati ... bila nak hantar dia orang pagi2 ... hanan ngan waiz hantar tadika jauh skit dari rumah... ayah dia pulak xder... macam mana ni... time ayah dia ada x per la.. boleh tolong2 hantar... nampaknya mama kena keluar pukul 7 lagi dari rumah... lepas ni time ayah pegi belajar mama kena jadi Super Women... boleh ker??!!
Friday, December 25, 2009
dah lama rasanya x jenguk blog ni ...kesian la plk..sejak ada facebook... memanjang dokk jenguk Fb jer.. rasa buang masa tp ... naper yer ...nampaknya YAhudi tlh berjaya meracuni pemikiran ... uhuhuhu..... hari2 mesti buka FB... apa nak jadi ni... anak2 pn dah bunyi " Mama ni asyik FB jer.. " mama pn jawab la balik...cover line..." bukan apa kat sini jer mama leh jumpa kawan2 mama... hehehe" ..ok x jawapan tu... skrg ni sdg cuba sedaya upaya nak kurangkan ber FB ... lebih2 lagi FV adoi... semoga aku berjaya....
Posted by zRuss0611 at 3:59 PM 0 comments
Sunday, September 13, 2009
Saturday, September 12, 2009
Posted by zRuss0611 at 7:20 PM 0 comments
Wednesday, September 9, 2009
MEMORY 2005.... DINA HANANIA
ni masa anak baru sorang...masa ni gambar gi kl n cameron highlands... best wooo.. nanti anak 3 ni pun kena gi lagi la.. tapi anak2 mmg suka di CH... bukan anak jer mama dia pun suka... InsyaAllah tunggu Uqail besar skit...
Posted by zRuss0611 at 11:04 PM 0 comments
Kenangan Lalu... Birthday WAIZ..
Ni gambar lama baru masuk... masa birthday waiz 3 thun... doraemon tu bukan kartun yang waiz suka tapi dah cari kek last minute itu jer yang ada... sambut birthday dia cam biasa la 3 beranak jer, masa tu ayah xder ...
Posted by zRuss0611 at 10:06 PM 0 comments
Friday, August 28, 2009
Monday, August 24, 2009
ALHAMDULILLAH SELAMAT... AHMAD UQAIL RAYYAN
lagi rakyat...Mudah2 an my princess ada kawan...
Posted by zRuss0611 at 4:40 PM 0 comments
Labels: MY CHILDREN
Tuesday, August 11, 2009
MAMA TAKUT...
Dah x sampai seminggu mama nak masuk wad.. takut... InsyaAllah 18.o8.09 hari bersalin untuk kali yang ke 3... Tak sabar nak tengok sorang lagi hero... Mudah2an dapat anak yang baik dan soleh..
Saat2 Kelahiran Ahmad Uqail Rayyan
Posted by zRuss0611 at 1:59 AM 0 comments
Saturday, May 2, 2009
SUATU HARI DI PAGI RAYA..
.............. hari raya yang ke 6 kami sekeluarga.. berhari raya di Beranang.. kampung Abah... satu kelainan.. tak biasa beraya di kampung lain kecuali masa study dulu.. apa pun kami bahagia...
Posted by zRuss0611 at 2:58 AM 0 comments
Labels: HARI RAYA
Saturday, September 20, 2008
xPLORASI TAMAN LAUT PULAU REDANG..

PULAU REDANG, TERENGGANU
Nak xplore Pulau Redang??.. Idea ni asalnya dari my dear Hubby.. TQ.. Tahun 2007 suami kena bertugas kat sana kami 3 beranak pun menyibuk la nak ikut sama kira menumpang program orang lain.. Umur Waiz masa tu baru setahun lebih.. nekad gak bawa si kecil ni..

sian la pulak ..alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku kira kuat la jugak si kecik waiz ni ..
Indah sungguh ciptaan Allah .. tak pernah lagi tengok pantai seindah pulau redang.. rasanya rugi kalau tak ceritakan dan kongsi pengalaman ni dengan anak-anak didik seri perak.. tahun 2007 nekad sekali lagi tahun 2008 mesti buat satu program untuk anak didik seri perak, Parit Buntar .. Survey punya survey, akhir 2007 cikgu ni pun start le operasinye..
x-Plorasi Alam Taman Laut 2008
Awal-awal tahun dah mula booking Pusat Kokurikulum Cawangan Pulau Redang di bawah nama Kelab Biasiswa Seri perak., alhamdulillah dapat tarikh untuk cuti bulan 5 ..masa tu kalau nak ke pulau kira ngam la ..ombak tak kuat..
Dengan kutipan sebanyak RM 150 susah jugak nak cari peserta dari kalangan pelajar..sekejap nak pegi pastu nak tarik diri.. merungut bukannya apa .. nak buat lawatan budak sekolah ni banyak prosedur orang nampak senang tapi.. nak pecah kepala gak.. kuar air mata gak.. fuhh!!!kalau boleh kita buat sesuatu benda ni biar orang semua puas hati lebih2 lagi student la biar berbaloi mereka keluar duit sebanyak tu.. lagi pun pelajar yang pegi ni pelajar yang dapat biasiswa peluang nak ke pulau redang dengan kos sebanyak ni memang susah nak dapat..(TQ PUSAT KOKURIKULUM)>> berkat kesabaran dan kerjasama pihak sekolah... akhirnya... Tunggu punya tunggu masa pun berlalu .. tanggal 1 jun 2008 kami pun sampai di Pusat Kokurikulum Pulau Redang .. jam 11.30 pagi tapi yang paling frust masa hari pertama kat tempat tu kita terpaksa kongsi tempat dengan sekolah lain .. rasa bersalah la jugak tapi aku dah cuba sedaya upaya.. kita tak boleh nak puaskan hati semua orang .. aku tahu ada orang yang tak puas hati tapi aku dah cakap dari awal.. tempat tu tak selesa.. tq banyak2 cikgu zuki dan cikgu Phyruzal kerana banyak menolong.. kami salute la kat jurulatih pusat ko ni .. :)
tapi... smua tu dapat cover balik dengan progam yang ada...
2 jun 2008
Inilah kenderaan rasmi kami di sana..SYUKURLAH.. dengan ape yang ada.. sekurang-kurangnya ada gak pengalaman.. itu yang mahal tu .. masa ni nak pegi latihan water confident kat pantai teluk dalam.. best tak..
Water Confident di pantai teluk dalam
Buat spoil la pulak si Hanan ni bad mood penat agaknya...x mau main air... so lena la dia....tinggal waiz je..
Posted by zRuss0611 at 6:19 PM 0 comments
Labels: trip for school holiday
















.jpg)








